Logo BeU
Logo BeU

Segalanya yang Anda Perlu Tahu untuk Membuka Akaun Be U

December 15, 2025


BM Cover image (2).png

Segalanya yang Anda Perlu Tahu untuk Membuka Akaun Be U

Dulu, nak buka akaun bank bermakna perlu beratur panjang dan mengisi berhelai-helai borang. Tetapi dengan adanya teknologi digital hari ini, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membuka akaun bank secara atas talian kerana ia jauh lebih mudah untuk diakses.

Kenapa Rakyat Malaysia Memilih Untuk Membuka Akaun Bank Secara Atas Talian

Gaya hidup yang semakin moden dan perkembangan perkhidmatan secara digital telah mendorong lebih ramai orang untuk beralih kepada perbankan atas talian. Antara sebabnya:

  • Menjimatkan masa: Tidak perlu ke cawangan; anda boleh menguruskan hal perbankan anda di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
  • Tanpa kertas: Kebanyakan bank hanya memerlukan salinan dokumen anda secara digital.
  • Akses lebih pantas: Kebanyakan platform meluluskan permohonan atau pembukaan akaun dalam beberapa minit.
  • Kesan daripada COVID-19: Kebimbangan terhadap isu kesihatan seperti pandemik Covid-19 telah menggesa penggunaan perbankan secara digital.

Membuka akaun bank mungkin tampak rumit pada mulanya, tetapi dengan Be U by Bank Islam, prosesnya direka supaya mesra pengguna dan 100% digital. Panduan ini akan membantu anda membuka akaun Be U dengan lancar dan memulakan pengalaman perbankan yang patuh Syariah secara digital.

Apa Itu Be U by Bank Islam?

Be U ialah platform perbankan 100% digital yang dibangunkan untuk pengguna moden yang mahukan pengalaman kewangan yang patuh Syariah. Ia menawarkan pelbagai ciri seperti simpanan, perbelanjaan dan pengurusan kewangan dan sebagainya — semuanya boleh diakses terus daripada telefon anda.

Sebagai bank digital, Be U memastikan pengalaman perbankan anda mudah dan menawarkan pelbagai manfaat — ketahui lebih mengenai Be U di sini

Sebelum Bermula: Apa Yang Anda Perlukan

Pastikan anda menyediakan perkara berikut sebelum memulakan proses pembukaan akaun Be U:

  • MyKad: Diperlukan untuk proses pengesahan.
  • Nombor telefon yang sah: Untuk menerima OTP (One-Time Password).
  • Internet yang stabil: Untuk memuat turun aplikasi dan melengkapkan proses pendaftaran tanpa gangguan internet.
  • Pencahayaan yang baik: Terutamanya bagi langkah verifikasi wajah.

Langkah-Langkah Membuka Akaun Be U

Ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan akaun Be U anda:

Image Content

Langkah 1: Muat Turun Aplikasi Be U

  • Cari "Be U by Bank Islam" di gedung aplikasi telefon anda.

Android: Google Play Store

iOS: Apple App Store

  • Tap “Install” atau “Get” untuk memuat turun aplikasi.
Image Content

Langkah 2: Mulakan Proses Pendaftaran

  • Buka aplikasi Be U.
  • Pilih butang “Register” untuk memulakan pendaftaran.
Image Content

Langkah 3: Masukkan Alamat Emel Anda

  • Masukkan alamat emel yang aktif.
  • Anda akan menerima kod verifikasi 6 digit melalui emel.
  • Ikut arahan dalam emel untuk mengesahkan alamat emel anda.
Image Content

Langkah 4: Masukkan Nombor Telefon Anda

  • Masukkan nombor telefon bimbit Malaysia anda.
  • Anda akan menerima OTP. Masukkan OTP tersebut untuk pengesahan.
Image Content

Langkah 5: Tetapkan Butiran Keselamatan Anda

  • Cipta kod laluan 6 digit untuk akaun Be U anda.
  • Jangan lupa kod ini kerana ia akan digunakan untuk log masuk.
Image Content

Langkah 6: Imbas MyKad Anda

  • Gunakan kamera telefon untuk mengimbas bahagian depan dan belakang MyKad.
  • Pastikan pencahayaan baik dan kad berada dalam bingkai dengan stabil.
Image Content

Langkah 7: Lakukan Verifikasi Wajah

  • Ambil swafoto (selfie) untuk mengesahkan identiti anda berdasarkan MyKad.
  • Pastikan pencahayaan terang dan kedudukan wajah jelas.
Image Content

Langkah 8: Semak & Sahkan Maklumat Anda

  • Aplikasi akan memaparkan maklumat yang diekstrak daripada MyKad.
  • Semak dengan teliti dan sahkan jika semuanya betul.
Image Content

Langkah 9: Status Pengesahan Identiti

  • Setelah selesai, anda akan menerima mesej pengesahan status verifikasi.
  • Jika berjaya, anda boleh mula meneroka semua ciri dan produk yang ditawarkan dalam Be U.

Cara Log Masuk ke Aplikasi Be U (Selepas Log Keluar)

Terdapat dua cara untuk log masuk semula:


Jika anda mengaktifkannya semasa pendaftaran:

  • Buka aplikasi Be U
  • Aplikasi akan mengimbas wajah atau cap jari melalui Face ID atau pengesan cap jari secara automatik
  • Anda akan terus log masuk

  • Buka aplikasi dan masukkan kod laluan yang anda tetapkan semasa pendaftaran.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Pembukaan Akaun Be U

Ya, selagi anda mempunyai sambungan internet yang stabil.

Semoga panduan ini membantu anda memulakan perjalanan perbankan digital bersama Be U — cara yang lebih mudah, pantas dan patuh Syariah untuk mengurus kewangan anda!

Disclaimer: The information presented above is for educational and informational purposes only and it should not be considered as personalized financial planning services. It is not intended as financial, legal, accounting, tax, or any other advisory guidance. Prior to making any financial or other decisions, you must obtain your own independent advice tailored to your individual circumstances.

As part of your decision-making process, you are advised to read the applicable Terms and Conditions (T&C), Product Disclosure Statement (PDS) and Frequently Asked Questions (FAQ) to make informed decisions before subscribing and/or participating in any Be U products.