Mengapa Deposit Bertempoh Adalah Cara Bijak Menyimpan Wang untuk Tahun 2026
December 15, 2025
December 15, 2025

Adakah anda tertanya-tanya bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mengembangkan wang anda? Mungkin anda pernah baca di laman web atau dengar daripada rakan-rakan tentang pelbagai cara untuk menyimpan dan melabur dana tetapi anda takut untuk mengambil risiko memulakannya.
Perkenalkan, deposit bertempoh, salah satu kaedah sesuai untuk penyimpanan wang. Jika anda tiada pengetahuan berkaitan deposit bertempoh, jangan risau. Blog ini akan menjelaskan proses, kelebihan, perbezaan dengan akaun simpanan, serta beberapa tip berguna untuk meningkatkan pengalaman anda.
Deposit bertempoh ialah pilihan simpanan yang memerlukan anda mendeposit sejumlah wang ke dalam akaun dan menyimpan deposit tersebut mengikut tempoh yang telah dipilih. Setelah tempoh tersebut tamat, anda akan menerima pulangan berdasarkan kadar keuntungan yang telah ditetapkan.
Cara simpanan ini semestinya mempunyai kelebihan tersendiri. Antara kelebihan deposit bertempoh yang menarik perhatian ramai, adalah: -
Setiap deposit bertempoh mempunyai kadar keuntungan tersendiri, yang memudahkan pengguna menentukan pulangan yang dikehendaki lalu merangka pelan simpanan berdasarkan kadar tersebut.
Pulangan terjamin meyakinkan ramai untuk melabur ke dalam akaun deposit bertempoh.
Oleh kerana wang anda disimpan dalam akaun ini untuk tempoh tertentu, ia boleh dijadikan sebagai dana kecemasan sekiranya berlaku hal yang tidak dijangka. Tetapi, apabila anda melakukan pengeluaran awal, ianya akan menjejaskan pulangan anda.
Jika deposit bertempoh ini boleh digunakan untuk simpanan, apa bezanya dengan akaun simpanan?

Lain orang, lain cita rasa. Begitu juga denga cara penyimpanan setiap individu. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh tabiat kewangan masing-masing atau situasi peribadi yang membuat individu tersebut pilih antara satu daripada yang lain. Untuk pemahaman yang lebih mendalam berkaitan pilihan rancangan kewangan yang sesuai dengan anda, ketahuilah dahulu perbezaan antara deposit bertempoh dan akaun simpanan.
Jika anda seorang Muslim, anda mungkin mencari deposit bertempoh yang mematuhi Shariah. Be U by Bank Islam menyediakan ciri yang mampu membantu anda menyimpan dan mengembangkan dana melalui salah satu deposit bertempoh patuh-Shariah di Malaysia iaitu Deposit Bertempoh-i Be U.
Deposit Bertempoh-i Be U memastikan proses digital yang lancar melalui aplikasi Be U dan pelaburan yang selamat dilindungi oleh PIDM sebanyak RM250,000 bagi setiap pendeposit.
Untuk penerangan lebih lanjut bagi produk Deposit Bertempoh-i Be U, layari laman web Be U atau rujuk Terma & Syarat serta Lembaran Maklumat Produk untuk Deposit Bertempoh-i Be U.
Maksimumkan simpanan anda dengan menyertai kempen semasa untuk deposit bertempoh melalui Kempen Be U Deposit Bertempoh-i 2025! Berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui tentang kempen ini: -

Maksimumkan simpanan anda dengan menyertai kempen semasa untuk deposit bertempoh melalui Kempen Be U Deposit Bertempoh-i 2025!
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran menarik melalui Kempen Be U Deposit Bertempoh-i 2025 sebelum tempoh berakhir!
Apabila merancang kewangan, ketahui diri anda sendiri. Adakah anda fleksibel dalam menguruskan kewangan? Atau anda adalah seorang yang tegas apabila melibatkan simpanan? Sebelum membuat sebarang Keputusan kewangan, pastikan anda telah melakukan penyelidikan sendiri, kerana anda lebih mengetahui keadaan kewangan anda. Jika deposit bertempoh sesuai dengan perancangan anda, amalkan pelan ini demi kestabilan dan kebaikan kewangan anda.
Anda boleh pelan kewangan anda bagaimana sahaja, tetapi elakkan daripada mengikuti trend semasa. Nilai keadaan kewangan anda dan rancang sewajarnya.
Disclaimer: The information presented above is for educational and informational purposes only and it should not be considered as personalized financial planning services. It is not intended as financial, legal, accounting, tax, or any other advisory guidance. Prior to making any financial or other decisions, you must obtain your own independent advice tailored to your individual circumstances.
As part of your decision-making process, you are advised to read the applicable Terms and Conditions (T&C), Product Disclosure Statement (PDS) and Frequently Asked Questions (FAQ) to make informed decisions before subscribing and/or participating in any Be U products.