Logo BeU
Logo BeU

Laksanakan Akikah dengan Be U So EZ Di Mana Jua

November 5, 2024


akikah-dengan-be-u-so-ez.png

Apa itu Akikah?

Akikah ialah amalan sunat yang dituntut (sunat muakkad) bagi yang mampu dalam mana ibu bapa melaksanakan penyembelihan sebagai tanda kesyukuran kepada Allaw SWT atas kelahiran anak mereka dan bagi mengikuti contoh Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan sunnah, kambing atau biri-biri dikorbankan, dan dagingnya diagihkan kepada keluarga, rakan-rakan, dan golongan yang kurang bernasib baik.

Akikah biasanya dilaksanakan pada hari ketujuh, keempat belas, atau kedua puluh satu selepas kelahiran anak. Namun, jika tidak dapat dilaksanakan pada hari-hari tersebut, Akikah masih boleh dilaksanakan pada masa lain.

Kempen Aqiqah With Be U “So EZ!” Lucky Draw - Di mana Akikah Kini Boleh Dilaksanakan Secara Dalam Talian

Bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa atau mereka yang mencari solusi mudah untuk menunaikan Akikah untuk anak mereka. Di sinilah Be U, dengan kerjasama EZ Qurban, memainkan peranan! Kini, anda boleh melaksanakan Akikah secara dalam talian dengan mudah.

Melalui kerjasama kami dengan EZ Qurban, anda boleh melaksanakan ibadah Akikah dari mana-mana sahaja anda berada dan hanya secara atas talian! Proses ini mudah, selesa, dan patuh Syariah. Daging haiwan yang dikorbankan akan diagih kepada mereka yang memerlukan, membolehkan anda menunaikan aspek rohani dan kebajikan amalan ini.

Kenapa Pilih Kempen Aqiqah With Be U “So EZ!” Lucky Draw untuk melaksanakan akikah anda?

Kempen Aqiqah With Be U “So EZ!” Lucky Draw menawarkan harga pakej yang sangat berpatutan berbanding dengan penyedia lain di pasaran. Pakej yang ditawarkan adalah:

  • Kambing Tempatan: RM1,149
  • Kambing Global: RM449
  • Kambing Global ‘Upsize’: RM559
  • Lembu Global (per bahagian): RM299
  • Lembu Global (ekor): RM2,093

Selain itu, dengan menyertai kempen Aqiqah With Be U “So EZ!” Lucky Draw, anda berpeluang memenangi hadiah menarik. Setiap bulan, dari Oktober 2024 hingga Januari 2025, empat pemenang bertuah akan menerima baucar Shopee bernilai RM500 setiap seorang, dan dua pemenang akan menerima jongkong emas 1g setiap seorang. Bukan sahaja itu, seorang pemenang akan mendapat hadiah utama berupa pakej Umrah untuk dua orang, termasuk tiket penerbangan dan penginapan hotel, di akhir kempen ini!

Dengan Kempen Aqiqah With Be U “So EZ!” Lucky Draw, anda bukan sahaja dapat melaksanakan Akikah dengan lancar dan efisien, tetapi juga berpeluang memenangi hadiah yang menarik!

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut atau menyertai kempen ini, klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Aqiqah With Be U So EZ! Lucky Draw Campaign

Soalan Lazim Mengenai Akikah

1. Bilakah Akikah Perlu Dilaksanakan?

Akikah sebaik-baiknya dilaksanakan pada hari ke-7, ke-14, atau ke-21 selepas kelahiran. Namun, jika anda tidak dapat melaksanakan akikah pada hari-hari tersebut, maka akikah tetap boleh dilakukan pada hari yang lain. [1]

2. Berapa Ekor Haiwan Perlu Dikorbankan?

Bagi bayi lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing atau biri-biri, manakala bagi bayi perempuan, seekor kambing atau biri-biri sudah mencukupi. [2]

3. Bolehkah Akikah Dilakukan Bagi Pihak Orang Lain?

Secara prinsip, ibubapa atau penjaga adalah orang yang sepatutnya melakukan Aqiqah kerana mereka bertanggungjawab memenuhi keperluan bayi yang baru lahir. Adalah dibenarkan untuk pihak lain menyembelih bagi pihak mereka hanya dengan keizinan mereka. [3]

4. Adakah Sah Melaksanakan Akikah Secara Dalam Talian?

Sah, selagi syarat-syarat Akikah dipenuhi, ia sah dilakukan secara dalam talian melalui platform yang dipercayai seperti EZ Qurban. [3]

5. Apa Yang Dilakukan Dengan Daging Akikah?

Daging Akikah diagihkan kepada golongan yang memerlukan, ahli keluarga, dan rakan-rakan, mengikut panduan Islam. Kempen Aqiqah With Be U “So EZ!” Lucky Draw ini akan memastikan daging tersebut sampai kepada golongan yang memerlukan agar amalan Akikah anda dapat memberi manfaat kepada mereka yang paling memerlukan. [3]

Dengan Kempen Aqiqah With Be U “So EZ!” Lucky Draw, anda boleh yakin bahawa Akikah anda akan dijalankan secara halal dan sah, serta mengikut ajaran Islam sepenuhnya.

Rujukan:

  1. EZ Qurban. (2024, Mei 24). FAQ - Ibadah Akikah. Diambil daripada Laman Web Rasmi EZ Qurban – FAQ: https://drive.google.com/file/d/1y6DZCtnQJgHhnqGo86ueizGS_A8269V8/view
  2. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2017, Jun 19). Al-Kafi #633: Hukum Aqiqah Bagi Diri Sendiri. Diambil daripada Al-Kafi li al-Fatawi: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri
  3. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2020, Mac 06). Al-Kafi #1646: Adakah Boleh Melakukan Aqiqah Pada Hari Ke-5 Kelahiran Bayi? Diambil daripada Al-Kafi li al-Fatawi: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4292-al-kafi-1646-adakah-boleh-melakukan-aqiqah-pada-hari-ke-5-kelahiran-bayi

Disclaimer: The information presented above is for educational and informational purposes only and it should not be considered as personalized financial planning services. It is not intended as financial, legal, accounting, tax, or any other advisory guidance. Prior to making any financial or other decisions, you must obtain your own independent advice tailored to your individual circumstances.

As part of your decision-making process, you are advised to read the applicable Terms and Conditions (T&C), Product Disclosure Statement (PDS) and Frequently Asked Questions (FAQ) to make informed decisions before subscribing and/or participating in any Be U products.