Logo BeUBe U By Bank Islam

Products & Services

Navbar Icon

Spend

Spend and transact using multiple ways on Be U

Be U Qard Savings Account-i

Be U Visa Debit Card-i

Payment & Transfer

Navbar Icon

Save

Grow your savings effortlessly with dedicated savings features

Nest

Be U Awfar

Navbar Icon

Earn

Unlock opportunities to boost your income through the app

Gigs

Be U Term Deposit-i

Microtakaful

Be U Personal Financing-i

About Be U

Navbar Icon

About Us

Learn about Be U by Bank Islam's history, our mission and the team behind

Read More

Navbar Icon

In the news

Get the latest news of Be U by Bank Islam’s features and new releases

Read More

Navbar Icon

Blog

Be updated with the latest contents to help you get the best out of Be U by Bank Islam

Read More

FAQ
Campaigns
Download
Download
Logo BeU
Download

Be U Blog

Start Reading

Start Reading

Start Reading

Start Reading

Start Reading

Start Reading

What are you waiting for?

Let's get started!

Join our growing Be U community now!

Apple Store LogoGoogle Play Store Logo
Be U Hi Five Character
Logo Bank Islam White

Contact Details

Be U by Bank Islam
Menara Bank Islam
22, Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur

03 2779 0088

beu.communitysupport@bankislam.com.my

Connect with us

Copyright © Be U by Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad. 198301002944 (98127-X)

All right reserved

System StatusPrivacy PolicyBank Islam Group Privacy NoticeLegal Documents
Logo BNMLogo PIDMLogo MEPSLogo AKPK

Simpan Duit Raya Dengan Be U Nest

May 3, 2024


Simpan Duit Raya Dengan Be U Nest (2).png

Terlebih dahulu, kami dari Be U by Bank Islam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang beragama Islam. Moga perayaan Hari Raya tahun ini merapatkan lagi tali silaturrahim antara ahli keluarga dan memberi kebahagiaan kepada anda semua.

Di samping memakai baju raya yang cantik dan menikmati juadah hari raya seperti ketupat dan rendang, ada juga rezeki lain yang mungkin anda dapat iaitu... duit raya! Kegembiraan terserlah apabila kita menerima sampul duit raya itu kan.

Oleh itu, mesti anda terfikir di manakah tempat yang sesuai untuk menyimpan duit raya anda?

Jangan risau, Be U Nest kan ada!

Dengan Be U Nest, anda boleh merangka strategi simpanan dengan lebih berkesan. Selain membuat simpanan duit, anda boleh mengaturkan duit anda disimpan dalam beberapa “Nest”.

Setiap “Nest” boleh diberikan nama yang khas dan digunakan untuk membantu anda mencapai matlamat simpanan tertentu. Dengan Be U Nest, anda boleh menyimpan dengan lebih selamat dan lebih mudah. Jom kami tunjukkan caranya.

Image Content

1. Pergi ke halaman “Discover”

Pertama sekali apabila anda buka aplikasi Be U by Bank Islam, anda boleh pergi ke halaman “Discover”. Di sini anda akan menjumpai fungsi “Nest”. Sila tekan “Nest” untuk langkah seterusnya.

Image Content

2. Cipta Nest baru anda

Di sini anda boleh pilih mana-mana matlamat yang anda ingin capai bersama Be U Nest. Sama ada untuk bercuti, perkahwinan, deposit kereta, dan sebagainya – ataupun anda boleh tetapkan nama tersendiri bagi simpanan Nest anda.

Image Content

3. Pilih sasaran jumlah Nest

Adakah anda mempunyai sasaran jumlah untuk Nest anda? Jika ya, anda boleh tetapkan sasaran jumlah yang bersesuaian untuk capai sasaran simpanan tersebut. Jika tiada, anda boleh pilih “No” untuk ke langkah seterusnya.

Image Content

4. Pilih aturan simpanan

Bagi memudahkan anda mencapai sasaran jumlah simpanan Nest tadi, di sini anda ada pilihan untuk menetapkan aturan simpanan atau “savings rule”. Dengan menetapkan aturan simpanan, anda boleh memilih dua tetapan, iaitu (1) “Set & Forget Rule”; atau (2) “52 Weeks Rule”.

Image Content

Dengan “Set & Forget Rule”, anda akan tetapkan sasaran simpanan secara berkala pada kadar harian, mingguan, atau bulanan. Setelah membuat tetapan tersebut, anda boleh biarkan sahaja aturan ini untuk membuat simpanan berkala berdasarkan tetapan anda secara automatik.

Image Content

Berpandukan jumlah sasaran, kekerapan berkala, dan tarikh mula aturan, Be U Nest akan memberikan anda tempoh jangkaan bila anda akan mencapai sasaran! Menarik bukan?

Image Content

“52 Weeks Rule” pula akan membolehkan anda mula menyimpan dengan jumlah yang sedikit terlebih dahulu dan jumlah simpanan tersebut akan semakin bertambah setiap minggu. Contohnya, anda akan menyimpan RM1 untuk minggu per-1, RM2 untuk minggu ke-2, dan seterusnya selama 52 minggu.

Sama seperti “Set & Forget Rule”, “52 Weeks Rule” juga akan memberikan tempoh jangkaan bila anda akan mencapai sasaran.

Image Content

Tahniah! Dengan hanya 4 langkah mudah di atas, anda berjaya mencipta Nest pertama anda.

Menyimpan duit secara konsisten mungkin agak mencabar. Tetapi dengan Be U Nest, impian simpanan anda adalah lebih mudah untuk dicapai. Siapa tahu anda boleh bercuti tidak lama lagi jika anda mula menyimpan sekarang?

Jadi, ayuh buka aplikasi Be U by Bank Islam dan cipta Nest pertama anda sekarang!

Disclaimer: The information presented above is for educational and informational purposes only and it should not be considered as personalized financial planning services. It is not intended as financial, legal, accounting, tax, or any other advisory guidance. Prior to making any financial or other decisions, you must obtain your own independent advice tailored to your individual circumstances.

As part of your decision-making process, you are advised to read the applicable Terms and Conditions (T&C), Product Disclosure Statement (PDS) and Frequently Asked Questions (FAQ) to make informed decisions before subscribing and/or participating in any Be U products.