Logo BeUBe U By Bank Islam

Products & Services

Navbar Icon

Spend

Spend and transact using multiple ways on Be U

Be U Qard Savings Account-i

Be U Visa Debit Card-i

Payment & Transfer

Navbar Icon

Save

Grow your savings effortlessly with dedicated savings features

Nest

Be U Awfar

Navbar Icon

Earn

Unlock opportunities to boost your income through the app

Gigs

Be U Term Deposit-i

Microtakaful

Be U Personal Financing-i

About Be U

Navbar Icon

About Us

Learn about Be U by Bank Islam's history, our mission and the team behind

Read More

Navbar Icon

In the news

Get the latest news of Be U by Bank Islam’s features and new releases

Read More

Navbar Icon

Blog

Be updated with the latest contents to help you get the best out of Be U by Bank Islam

Read More

FAQ
Campaigns
Download
Download
Logo BeU
Download

Be U Blog

Start Reading

Start Reading

Start Reading

Start Reading

Start Reading

Start Reading

What are you waiting for?

Let's get started!

Join our growing Be U community now!

Apple Store LogoGoogle Play Store Logo
Be U Hi Five Character
Logo Bank Islam White

Contact Details

Be U by Bank Islam
Menara Bank Islam
22, Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur

03 2779 0088

beu.communitysupport@bankislam.com.my

Connect with us

Copyright © Be U by Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad. 198301002944 (98127-X)

All right reserved

System StatusPrivacy PolicyBank Islam Group Privacy NoticeLegal Documents
Logo BNMLogo PIDMLogo MEPSLogo AKPK

5 Mitos Kewangan Yang Mungkin Menghalang Anda

July 22, 2025


(BM Ver) Cover Image Blog.jpeg

Literasi Kewangan Bukan Lagi Pilihan — Tapi Keperluan

Dulu, nasihat kewangan selalunya datang daripada ibu bapa atau orang sekeliling kita. Tapi, sekarang, dengan media sosial dan media massa, kita terdedah kepada pelbagai jenis tip dan informasi kewangan — sampai kadang-kadang susah nak tahu mana satu yang betul.

Ada nasihat yang bunyinya logik, tapi bila kita ikut tanpa suaikan dengan gaya hidup dan kemampuan sendiri dari segi kewangan, akhirnya jadi beban pula. Sama ada korang sedang merancang bajet pertama, menyimpan untuk percutian impian, atau sekadar mahu lebih yakin dengan pengurusan wang — kefahaman tentang kewangan peribadi amat penting. Salah satu cara terbaik untuk mula ialah dengan meluruskan mitos kewangan yang sering disalah anggap.

Mari kita lihat beberapa mitos kewangan biasa didengar — dan kebenaran di sebaliknya.

🔍 Mitos 1: Perlu pendapatan tinggi untuk mula menyimpan atau melabur.

Kebenaran: Anda boleh mula walaupun dengan jumlah kecil.

Ramai yang ingat yang untuk menyimpan atau melabur ni perlukan sumber pendapatan yang tinggi dan stabil. Hakikatnya, apa yang lebih penting bukanlah jumlah pendapatan korang tapi membina tabiat menyimpan atau melabur secara konsisten. Jadi tak kisah lah walaupun jumlah korang menyimpan atau melabur tu kecil, yang penting adalah kekal konsisten. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tip mudah: Tetapkan matlamat yang jelas. Contohnya, nak ke Jepun? Kira kos keseluruhan (termasuk tiket kapal terbang, hotel dan sebagainya) dan bahagikan ikut bulanan atau mingguan— barulah semangat nak konsisten untuk menyimpan!

🔍 Mitos 2: Simpan semua duit dalam akaun simpanan adalah paling selamat.

Kebenaran: Simpanan bagus tapi biar ada strategi.

Akaun simpanan memang sesuai untuk dana kecemasan dan perbelanjaan jangka masa pendek. Tapi kalau semua duit ‘tidur’ terlalu lama dalam akaun yang sama, nilainya boleh makin berkurang disebabkan inflasi. Sebagai contoh, hari ini RM10 mungkin cukup untuk membeli satu set nasi lemak, tetapi lima tahun akan datang, harga set nasi lemak yang sama mungkin meningkat kepada RM15. Jadi, untuk jangka masa panjang, adalah penting untuk kita mempertimbangkan simpanan dengan strategi yang diasingkan mengikut keperluan.

🔍 Mitos 3: Pelaburan hanya untuk orang kaya atau pakar kewangan.

Kebenaran: Semua orang boleh mula belajar melabur.

Ramai rasa pelaburan ni susah dan aktiviti yang sesuai untuk pakar kewangan atau orang yang kaya sahaja. Tapi sebenarnya, pelaburan ni tak perlu ribuan ringgit untuk mula melabur dan semua orang boleh mula dan belajar ilmu pelaburan. Banyak platform hari ini benarkan kita mula dengan RM10. Apa yang penting bukan berapa banyak jumlah atau modal kita ada tapi ilmu; ilmu dalam pelaburan dan kefahaman dalam cara pelaburan. Jadi, kalau nak mula melabur, mula dengan perlahan-lahan sambil belajar. Korang boleh mula dengan tetapkan tujuan pelaburan korang. Adakah pelaburan ni untuk tujuan sambung belajar dalam masa 3 tahun? Atau sebagai pelaburan untuk rumah idaman? Bila kita tahu tujuan dan tempoh masa yang kita nak tetapkan untuk pelaburan tu, ini akan membantu kita dalam memilih instrumen pelaburan yang sesuai.

🔍 Mitos 4: Semua hutang adalah buruk.

Kebenaran: Bukan semua hutang sama — hutang yang diuruskan dengan baik boleh membantu kita.

Tak semua hutang buruk. Kalau digunakan dengan bijak, hutang ni boleh memanfaatkan kita. Contohnya, pembiayaan pendidikan atau pembiayaan rumah. Kedua-dua pembiayaan ni boleh disifatkan sebagai hutang yang baik tapi kalau tak diuruskan dengan baik, ianya boleh jadi satu bebanan.

Jadi, sangat penting untuk kita tahu kemampuan kita dari segi kewangan untuk merancang bayaran balik. Sebelum ambil hutang, tanya diri sendiri: “Boleh ke aku bayar balik setiap bulan?” Jika ya, korang sedang gunakan hutang secara strategik.

🔍 Mitos 5: Bajet menyekat kebebasan dan keseronokan.

Kebenaran: Bajet bukan sekatan — ia perancangan supaya kita boleh berbelanja dengan lebih tenang. Bila cakap pasal bajet, ramai akan fikir ‘ikat perut’ tapi sebenarnya bajet ni tolong kita untuk jadi lebih bijak dalam berbelanja — belanja tanpa rasa bersalah. Cuba mulakan dengan tiga kategori: kita bahagikan keperluan, kehendak dan simpanan. Uruskan kewangan korang mengikut tiga kategori ni. Contohnya, nak korang gemar pergi healing ke kedai kopi atau suka melancong? Masukkan je ikut kategori yang sesuai dalam bajet korang.

Dari Keliru ke Yakin: Mulakan Perjalanan Kewangan Korang

Bila korang lebih faham tentang kewangan, korang akan rasa lebih yakin dan bersedia untuk buat keputusan yang lebih baik. Literasi kewangan ni bukan sekadar untuk menjadi seorang pakar tapi ianya juga bertujuan untuk mengajar kita, membuat pilihan yang bijak berdasarkan pengetahuan dan matlamat sendiri.

📌 Nota: Artikel ini untuk tujuan maklumat sahaja. Untuk nasihat kewangan peribadi, sila rujuk penasihat kewangan bertauliah.

Disclaimer: The information presented above is for educational and informational purposes only and it should not be considered as personalized financial planning services. It is not intended as financial, legal, accounting, tax, or any other advisory guidance. Prior to making any financial or other decisions, you must obtain your own independent advice tailored to your individual circumstances.

As part of your decision-making process, you are advised to read the applicable Terms and Conditions (T&C), Product Disclosure Statement (PDS) and Frequently Asked Questions (FAQ) to make informed decisions before subscribing and/or participating in any Be U products.