Menyambut Ramadan: Kesyukuran, Renungan, dan Kebersamaan
March 27, 2025
March 27, 2025
Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, kini hampir ke penghujungnya. Marilah kita mengambil peluang untuk bermuhasabah, memohon keampunan, dan memperbanyakkan amal kebaikan. Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga masa untuk memperkukuh keimanan, menyebarkan kebaikan, dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan orang tersayang. Ayuh kita manfaatkan setiap detik untuk memperbanyakkan ibadah dan mengakhiri Ramadan dengan penuh makna!
Solat sunat yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan ini adalah antara ibadah yang paling dinanti-nantikan. Selain memberikan ketenangan jiwa, amalan tersebut juga mengeratkan hubungan kita dengan Allah SWT. Sama ada dilakukan secara berjemaah di masjid atau secara individu di rumah, solat ini membawa manfaat rohani yang besar kepada seseorang Muslim [1].
Ramadan adalah bulan al-Quran diturunkan, dan umat Islam sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan serta mentadabbur ayat-ayatnya. Al-Quran telah diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi Muhammad SAW, bermula dengan wahyu pertama di Gua Hira.[2] Oleh itu, Ramadan adalah waktu terbaik untuk kembali mendalami kitab suci kita ini.
Amalan bersedekah adalah sangat digalakkan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Sama ada dengan memberi makanan untuk berbuka puasa atau menderma kepada golongan yang memerlukan, setiap kebaikan yang dilakukan akan membawa ganjaran yang besar di akhirat kelak [3].
Dengan berjaga pada sepertiga akhir malam dan menunaikan solat tahajud serta berdoa kepada Allah SWT, akan memberikan kita ketenangan serta pertumbuhan rohani. Hal ini adalah lebih dituntut pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan. Malam-malam ini penuh dengan peluang untuk memperoleh keberkatan dan keampunan, lebih-lebih lagi pada Malam Lailatulqadar [4].
Sebagaimana Allah SWT berfirman:
"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan." [5]
Ini bermakna setiap ibadah yang dilakukan pada malam yang penuh keberkatan ini membawa ganjaran yang tidak terhingga.
Buka puasa atau iftar sebenarnya bukan sekadar untuk menghilangkan rasa lapar, tetapi tindakan berbuka puasa juga mengingatkan kita untuk mensyukuri nikmat rezeki yang cukup Allah kurnia buat kita. Biarpun sahur mahupun iftar—hakikat makanan itu merupakan satu nikmat yang tidak dimiliki oleh semua orang. Berkongsi makanan dengan keluarga dan rakan-rakan bukan hanya dapat menyuburkan kasih saying antara kita, malahan amalan tersebut juga akan membawa keberkatan untuk kita semua. Oleh itu, makan secara bersederhana bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga akan membantu kita mengekalkan fokus dalam beribadah sepanjang bulan ini, agar kita dapat menjalani Ramadan dengan lebih bermakna [3].
Selain daripada menunaikan ibadah, Ramadan juga boleh diraikan dengan cara yang praktikal dan bermakna!
Selepas solat tarawih, kebiasaanya kita teringin kudap-kudapan atau minuman. Berita baik! Be U dan ZUS Coffee telah berkolaborasi tahun ini untuk menawarkan RM12 off atas minuman buatan tangan kedua apabila anda membuat pembayaran melalui aplikasi ZUS dengan menggunakan Kad Debit-i Visa Be U anda. Memang cara terbaik untuk anda bersantai dan menikmati moreh bulan puasa tahun ini!
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut: https://www.getbeu.com/campaigns/Two-Is-Better-Than-One
Ramadan ini lebih bermakna dengan Kempen Seringgit Se-Hurry!
Inilah peluang terbaik untuk mula mengumpul Duit Raya sambil menikmati ganjaran tunai harian sebanyak RM1! Apa yang anda perlu buat adalah buka akaun Be U Al-Awfar Nest dan letakkan “Raya 2025” dalam nama Nest anda. Seterusnya, anda laburkan sekurang-kurangnya RM300 dalam Be U Al-Awfar Nest anda. Ingat, pastikan baki minimum Be U Al-Awfar Nest anda dikekalkan pada RM300 di hujung setiap hari sepanjang tempoh kempen.Sebagai ganjaran, anda akan menerima RM1 untuk setiap hari anda mengekalkan baki minimum tersebut!
Be U Al-Awfar adalah produk akaun pelaburan dan tidak dilindungi oleh PIDM. Pastikan anda telah membaca Terma & Syarat serta Lembaran Pendedahan Produk bagi produk Be U Al-Awfar yang terdapat di laman web kami https://getbeu.com/legal-documents sebelum bersetuju untuk melanggan produk ini.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut: Seringgit Se-Hurry | Be U by Bank Islam
Ramadan bukan sekadar bulan untuk beribadah, tetapi juga peluang untuk mensyukuri nikmat dan rezeki di sekeliling kita. Jangan lepaskan kesempatan untuk berbuat kebaikan dan meraikan keindahan bulan yang mulia ini.
Selamat menyambut Ramadan yang penuh ketenangan dan keberkatan tanpa henti! 🌙✨
Rujukan:
Disclaimer: The information presented above is for educational and informational purposes only and it should not be considered as personalized financial planning services. It is not intended as financial, legal, accounting, tax, or any other advisory guidance. Prior to making any financial or other decisions, you must obtain your own independent advice tailored to your individual circumstances.
As part of your decision-making process, you are advised to read the applicable Terms and Conditions (T&C), Product Disclosure Statement (PDS) and Frequently Asked Questions (FAQ) to make informed decisions before subscribing and/or participating in any Be U products.