Logo BeUBe U By Bank Islam

Products & Services

Navbar Icon

Spend

Spend and transact using multiple ways on Be U

Be U Qard Savings Account-i

Be U Visa Debit Card-i

Payment & Transfer

Navbar Icon

Save

Grow your savings effortlessly with dedicated savings features

Nest

Be U Awfar

Navbar Icon

Earn

Unlock opportunities to boost your income through the app

Gigs

Be U Term Deposit-i

Microtakaful

Be U Personal Financing-i

About Be U

Navbar Icon

About Us

Learn about Be U by Bank Islam's history, our mission and the team behind

Read More

Navbar Icon

In the news

Get the latest news of Be U by Bank Islam’s features and new releases

Read More

Navbar Icon

Blog

Be updated with the latest contents to help you get the best out of Be U by Bank Islam

Read More

FAQ
Campaigns
Download
Download
Logo BeU
Download

Be U Blog

Start Reading

Start Reading

Start Reading

Start Reading

Start Reading

Start Reading

What are you waiting for?

Let's get started!

Join our growing Be U community now!

Apple Store LogoGoogle Play Store Logo
Be U Hi Five Character
Logo Bank Islam White

Contact Details

Be U by Bank Islam
Menara Bank Islam
22, Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur

03 2779 0088

beu.communitysupport@bankislam.com.my

Connect with us

Copyright © Be U by Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad. 198301002944 (98127-X)

All right reserved

System StatusPrivacy PolicyBank Islam Group Privacy NoticeLegal Documents
Logo BNMLogo PIDMLogo MEPSLogo AKPK

Perlukah Perkahwinan Dibahagi 50/50 Dari Segi Kewangan?

August 12, 2025


(BM Ver) Cover Image Blog.png

“Perlu ke semua benda dalam perkahwinan dibahagi dua secara sama rata?”

Sewa rumah, barangan dapur, bil, simpanan,hinggalah ke percutian — ramai fikir adil tu bila semua orang kongsi jumlah duit yang sama. Tapi… betul ke itu memang adil dan praktikal dalam perkahwinan?

Hakikatnya, setiap pasangan itu berbeza. Ada yang selesa dengan sistem 50/50, dan ada juga yang merasakan ia terlalu membebankan — lebih-lebih lagi jika terdapat jurang besar dari segi pendapatan atau tanggungjawab. Yang paling utama, kedua-dua pihak perlu jelas dan sepakat tentang peranan serta harapan kewangan masing-masing.

Apa Maksud Sebenar 50/50?

Sebelum memilih untuk mengamalkan sistem 50/50, penting untuk faham maksud sebenar di sebalik konsep ini. Bagi sesetengah individu, ia bermaksud semua perbelanjaan seperti sewa, bil, dan keperluan asas dibahagikan sama rata. Namun bagi pasangan lain, 50/50 bukan sekadar soal wang — ia merangkumi sumbangan yang seimbang dalam pelbagai bentuk. Mungkin seorang menyumbang dari segi kewangan, manakala yang seorang lagi mengurus rumah tangga atau menjaga anak. Kedua-duanya tetap dianggap sumbangan yang bernilai.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Buat Keputusan

Jika anda dan pasangan sedang mempertimbangkan pendekatan ini, ada beberapa perkara penting yang patut dibincang dan dipertimbangkan bersama:

1. Perbezaan Pendapatan

Jika seorang bergaji RM8,000 dan seorang lagi hanya RM2,000, membayar jumlah yang sama untuk semua perbelanjaan mungkin akan menyebabkan tekanan kepada yang bergaji lebih rendah. Dalam situasi sebegini, menyumbang berdasarkan jumlah atau peratusan pendapatan boleh dianggap lebih adil.

2. Pembahagian Tanggungjawab

Sumbangan dalam perkahwinan bukan hanya dari segi wang. Mengurus rumah, memasak, menjaga keperluan keluarga, atau memberi sokongan emosi juga merupakan sumbangan yang penting. Sebaiknya, duduk berbincang dan tentukan bersama bagaimana tanggungjawab dibahagikan dari segi kewangan, emosi dan tugas harian.

3. Matlamat Kewangan Bersama

Adakah anda merancang untuk membeli rumah? Simpan untuk kereta idaman? Bina tabung kecemasan? Atau persediaan pendidikan anak pada masa depan? Bincangkan semua ini secara terbuka agar harapan lebih jelas dan tidak timbul salah faham kemudian hari.

Image Content

Model Kewangan Mana Paling Sesuai Untuk Anda?

Setiap pasangan ada cara tersendiri urus kewangan. Ada yang selesa bahagi semua sama rata, ada juga yang ikut kemampuan, gaya hidup atau tahap kepercayaan masing-masing.

Berikut ialah ringkasan beberapa model kewangan yang biasa diamalkan oleh pasangan berkahwin — agar anda boleh menilai dan memilih yang paling sesuai untuk hubungan anda.

Tak kira model kewangan mana yang dipilih, komunikasi tetap jadi kunci utama. Luangkan masa untuk berbincang secara berkala — termasuk topik-topik yang mungkin sukar — kerana itulah yang bantu bina kepercayaan. Keterbukaan tentang gaji, hutang, tabiat berbelanja, dan matlamat kewangan peribadi sangat penting untuk elak salah faham atau konflik.

Kalau anda dan pasangan nak rancang kewangan bersama tapi masih nak urus akaun secara berasingan, ciri seperti Be U Nest boleh jadi pilihan yang praktikal. Anda boleh tetapkan matlamat simpanan sendiri seperti 'rumah pertama', 'percutian bulan madu' atau 'duit majlis kahwin', sambil kekal urus duit secara individu. Jadi, anda tetap berdikari — tapi tetap seiring dalam mencapai matlamat bersama.

Akhir sekali, adil tak semestinya bermaksud sama. Hubungan bukan tentang siapa lebih banyak menyumbang, tapi tentang bagaimana dua individu boleh bina sesuatu bersama. Kadang-kadang, seorang mungkin lebih banyak menyumbang dari segi kewangan, manakala yang seorang lagi pula menyokong dari sudut emosi atau mengurus keluarga. Yang penting, kedua-duanya rasa dihargai, difahami, dan diberi ruang untuk sama-sama berkembang dalam hubungan tu.

Perkahwinan ni bukan sekadar soal cinta. Tapi, ianya juga tentang kerjasama. Dan membina asas kewangan yang kukuh bersama adalah salah satu bentuk kerjasama paling penting dalam rumah tangga.

Disclaimer: The information presented above is for educational and informational purposes only and it should not be considered as personalized financial planning services. It is not intended as financial, legal, accounting, tax, or any other advisory guidance. Prior to making any financial or other decisions, you must obtain your own independent advice tailored to your individual circumstances.

As part of your decision-making process, you are advised to read the applicable Terms and Conditions (T&C), Product Disclosure Statement (PDS) and Frequently Asked Questions (FAQ) to make informed decisions before subscribing and/or participating in any Be U products.