
Search for topics like transfers, cards, or account settings
Ya, penggunaan nombor telefon yang sama seperti yang telah didaftarkan dengan Bank Islam adalah paling ideal untuk pendaftaran dengan Be U. Jika anda menggunakan nombor telefon yang berbeza dengan nombor telefon yang didaftarkan sebelum ini, nombor telefon yang telah didaftarkan dengan Bank Islam tidak akan dikemaskinikan atau ditukar secara automatik.
Bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan nombor telefon anda yang didaftarkan dengan Bank Islam sebelum ini, sila kunjungi cawangan Bank Islam yang terdekat.
Sebagai contoh jika anda telah mendaftarkan nombor telefon “A” sebagai nombor telefon berdaftar untuk akaun Bank Islam anda, pendaftaran untuk Be U menggunakan nombor telefon lain (nombor telefon “B”) tidak akan menyebabkan pendaftaran bagi nombor telefon “A” untuk akaun Bank Islam anda terbatal. Sekiranya anda berhasrat untuk menukar atau mengemaskini nombor telefon “A” tersebut, sila kunjungi cawangan Bank Islam terdekat.
Call us at
03 2779 0088Email us at
beu.communitysupport@bankislam.com.my